About Me

Tawaran Cuti Belajar Separuh Gaji Tanpa Biasiswa (CBSG TB) Bagi Program Saluran Kedua / UPU 2013

GURU | Tawaran Cuti Belajar Separuh Gaji Tanpa Biasiswa (CBSG TB) Bagi Program Saluran Kedua / UPU

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui laman web nya telah mengeluarkan iklan tawaran Permohonan Cuti Belajar Separuh Gaji Tanpa Biasiswa kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) melalui saluran kedua / UPU.

Peluang terbaik bagi PPPLD yang berminat untuk sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Tawaran adalah dibuka bagi sepanjang 2013, dengan sesi kemasukan dan pengajian juga hanyalah untuk tahun 2013.

Sekalipun Cuti Belajar yang disediakan adalah Tanpa Biasiswa, namun masih dikira ok sebab masih ditawarkan Separuh Gaji.

Selamat mencuba!



==================================================================

TAWARAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR SEPARUH GAJI TANPA BIASISWA (CBSG TB) DI BAWAH PROGRAM SALURAN KEDUA/UPU BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN AMBILAN TAHUN 2013

20 February 2013
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang ingin mengikuti 
Program Cuti Belajar Separuh Gaji Tanpa Biasiswa (CBSG TB) di bawah Program Saluran Kedua / UPU Ambilan Tahun 2013. 
Sehubungan itu, PPP yang sedang berkhidmat dengan KPM dan berminat untuk mengikuti program ini boleh mengemukakan permohonan tersebut 
kepada Bahagian Tajaan Pendidikan (BT)  bagi mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
 
Sekian, terima kasih.



Catat Ulasan

0 Ulasan